Ujian Profil Risiko Pelaburan

KETAHUI KELAS RISIKO ANDA.

Satu kaedah untuk menentukan profil risiko anda sebagai seorang pelabur. Profil risiko ini penting bagi menentukan jenis dan kategori dana yang sesuai dengan diri anda bagi mencapai matlamat pelaburan anda mengikut tempoh masa yang diinginkan. Disini disertakan satu set soalan yang dapat menentukan profil risiko anda sebagai pelabur samada anda tergolong dalam pelabur kategori agresif, sederhana atau konservatif. Dibawah ini adalah set soalan yang mengandungi 12 soalan semuanya dan di akhir soalan sini saya sertakan kaedah untuk menentukan profil risiko pelaburan berdasarkan kepada jawapan anda. SELAMAT MENCUBA!

1. Apabila anda mendengar berita kurang baik tentang hal ehwal ekonomi dan kewangan, anda…

a. Tidak pernah bimbang
b. Bimbang sedikit
c. Terlalu bimbang

2. Jika anda diberi pilihan diantara jawatan yang tetap dengan gaji yang kecil dan jawatan sementara dengan gaji yang lumayan, yang manakah menjadi pilihan anda?

a. Mungkin gaji yang lumayan

b. Tidak pasti

c. Mungkin jawatan yang tetap

3. Adakah anda akan membuat pinjaman untuk membuat pelaburan yang mungkin dapat menggandakan wang anda?

a. Ya

b. Mungkin

c. Tidak

4. Sekiranya anda telah melabur dalam suatu saham yang telah meningkat harganya sebanyak 30% dalam masa 6 bulan selepas anda membelinya, adakah anda akan…

a. Tidak buat apa-apa atau beli lebih banyak saham

b. Menjualkan sebahagian saham anda

c. Menjualkan semua saham anda

5. Adakah anda percaya tuah itu penting dalam membuat keputusan dalam pelaburan anda?

a. Ya

b. Kadang-kadang

c. Tidak

6. Jika anda boleh meningkatkan lagi peluang untuk menggandakan lagi pulangan dalam pelaburan dengan mengambil lebih risiko, adakah anda…

a. Akan mengambil lebih risiko dengan melabur dengan semua wang anda

b. Akan mengambil risiko yang sederhana dengan melabur sebahagian sahaja

c. Akan mengambil sedikit risiko dengan melabur sedikit sahaja

7. Dalam waktu kecemasan, adakah anda mempunyai simpanan yang boleh…

a. bertahan kurang dari 3 bulan

b. bertahan 3-12 bulan

c. lebih dari 12 bulan

8. Berapakah peratusan pendapatan isi rumah (selepas cukai) yang dibelanjakan untuk membayar bil kad kredit, ansuran kenderaan dan sewa rumah?

a. Lebih dari 50%

b. Diantara 25% – 50%

c. Kurang dari 25%

9. Adakan anda akan melabur berdasarkan tips dari rakan anda?

a. Ya

b. Mungkin

c. Tidak

10. Diantara berikut, yang manakah kenyataan yang paling baik untuk menyatakan pendirian anda tentang risiko pelaburan?

a. Saya cenderung untuk memilih dana yang dapat memberikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang tinggi

b. Saya cenderung untuk memilih dana yang seimbang dengan risiko yang sederhana

c. Saya cenderung untuk memilih dana yang dapat memberikan pulangan yang sedikit dengan risiko yang rendah

11. Adakah anda menjangkakan jumlah pelaburan anda pada 5 tahun akan datang akan…

a. Meningkat

b. Tetap sama seperti sekarang

c. Menurun

12. Adakah anda anda akan melabur dalam saham tunggal atau dana ekuiti unit amanah?

a. Ya

b. Mungkin

c. Tidak

Pemarkahan:

Untuk semua soalan, jawapan…

A = 3 markah

B = 2 markah

C = 1 markah

Jumlah markah Profil Pelabur
12 – 18 markah Konservatif
19 – 29 markah Moderate
30 – 36 markah Agresif
  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: